31 December 2011

the closing ceremony

he : tahun ni,benda yang paling saya ingat adalah memori lepak dengan kamu

me : haha.and tempoh saya balik malaysia untuk wedding along,then jumpa kamu..adalah tempoh yang paling saya rasa happy untuk tahun ni

*

tak banyak yang saya mahu ingat tentang 2011.cukup dengan hal di atas sahaja.

thank you,dear.untuk susah dan senang.untuk sedih dan gembira.
:)

30 December 2011

adalah itu

adalah angin di musim monsun,
adalah hujan di maret yang terik,
adalah ombak di laut china selatan,
adalah catatan di kertas kumal,
adalah itu aku.


- sore penghabisan disember,djakarta

seperti kapal

ada manusia yang datang dalam hidup kita,hanya untuk pergi.apabila mereka pergi,ia seperti kapal yang berlayar di laut.dari pesisir kita lihat ia makin ke tengah, menjauh dan akhirnya menghilang dari pandangan.kita boleh memilih untuk terus tunggu di pantai,tapi aku mahu pulang,dan hidup seperti biasa...



...walaupun aku sangat merindukannya.


(kerana aku tahu kapal itu tidak akan berlabuh lagi di dermaga ini)

27 December 2011

kalau besok aku sudah tidak reti mengeja ;

biar aku menulis,
tentang apa yang datang dalam tidurku,jagaku,dan diantara kedua-duanya
satu hari nanti,kata-kataku,huruf-huruf ini
akan membentuk sungai,yang mengalir ke laut luas,
dan larut terhapus di dalamnya
adalah kesedihanku.

biar aku menulis,
sampai habis lembar,
sampai kering tinta-nya,
maka ambil-lah kulit dan darahku sebagai ganti.

bahagia kecil

hal yang buat saya mampu tersenyum hari ini bukanlah kerana dapat keluar menonton sherlock holmes dan makan besar bersama kawan-kawan,namun ianya adalah apabila setelah kami pulang rumah,anehnya kami masih lapar,namun kami cuma mempunyai sebuku tempe di dalam peti ais.dengan pasrah,kami menggoreng kepingan tempe,namun malang, kami tertumpahkan garam yang banyak ke atas tempe tersebut.akhirnya kami ketawa ramai-ramai mengenangkan tempe masin yang terpaksa juga dihabiskan.

mungkin ini apa yang saya patut panggil bahagia kecil.

26 December 2011

titik

mungkin malam ini adalah peleraian untuk segala kekusutan dan jawapan untuk semua tanda tanya.atau mungkin dapat saya kata,sebagai penutup bagi segala kesedihan saya selama hampir setahun setengah kebelakangan ini.walaupun akhir jalan cerita-nya tidak seperti yang saya harapkan,namun saya memilih untuk percaya god knows better.maka saya tidak meletakkan keraguan pada ketetapan Dia.

i have nothing more to lose.walaupun ending-nya agak menyedihkan (dan menyebabkan saya menangis selama 5 jam.haha ! ) tapi akhirnya saya merasakan segala beban saya sudah lepas bebas.kesilapan saya adalah berharap pada sesuatu yang sudah lama tidak wujud.tapi lucky,ia sudah berakhir.saya berjaya sampai ke akhir plot kisah ini,dengan rasa menerima.atau may i say redha ?

don't worry.saya tidak salahkan sesiapa.in case ada yang terasa saya menyalahkan dia.saya tidak akan membenarkan benci dan marah mengisi ruang kosong dalam hati saya.all i want is a happy life.so,saya tak perlukan unsur-unsur negatif itu semua.anda-anda semua dipersilakan hidup bahagia mengikut kesesuaian dan definisi masing-masing.saya tiada bantahan.

dan sebetulnya saya sangat mahu berterima kasih kepada mereka yang sanggup bersama saya disepanjang laluan  untuk saya sampai ke pengakhiran ini.atau lebih tepat,terima kasih kepada lucif,khrl,dark half,kak lini,qiez,dan panda family ( u know who u are ). dan pasti lah,kepada anda-anda yang membaca penulisan saya di sini.(walaupun saya jarang me-reply komen,tapi saya sangat hargai sokongan anda).jujur saya katakan,saya banyak belajar dari anda semua.

so,that's all.
:)

terima kasih untuk semua,
terima kasih untuk tuhan.

23 December 2011

silibus

.....dan selepas hari itu,aku belajar untuk memaafkan kesilapan orang lain,memadamkan dendam-dendam yang aku nyalakan sendiri,menerima bahwa tidak semua yang kita ingin akan kita dapatkan,mengerti yang gembira tidak kekal selamanya,begitu juga kesedihan,mengakui bahwa tuhan tidak mensia-siakan setiap satu hal yang terjadi dan mencuba hidup lebih baik untuk di hari esoknya.

namun cuma dua perkara yang masih aku gagal pelajari ;
berhenti mencintai dia,
dan memaafkan diri sendiri.....

22 December 2011

frustra

jangan salah faham.kalau aku menangis malam ini,sampai ke subuh,
bukanlah untuk lelaki yang pernah tinggalkan aku.tapi kerana dulunya aku tidak mampu menjadi pasangan yang baik untuknya.bukan pula kerana aku rindukan mereka yang selalu buat aku tersenyum,tapi mengenangkan ada masanya aku mengabaikan mereka.tidak juga kerana aku merasakan tuhan telah meninggalkan aku sekali lagi,sehingga tiba-tiba terang kembali padam.namun kerana gagalnya aku menjadi abdiNya yang patuh.

untuk malam yang penuh dengan kekecewaan,
benarkan aku menangis.
benarkan aku menghukumi diri sendiri.

tolonglah,aku perlu tangan malaikat,
untuk gapai aku keluar dari neraka ini.

20 December 2011

.

setiap kali memandang perempuan itu,
ia hanya mengingatkan aku,
betapa aku harus segera meninggalkan hari kelmarin-ku.

Ada hal yang,perlu dilepaskan agar,paling tidak-nya
sebahagian dari kita akan mampu bahagia.

bukankah aku sudah bilang,sayang,
aku tlah lelah menjadi sang antagonis.

maka hiduplah dengan gembira,dan lupakan.

18 December 2011

lampu

ruang bilik empat segi aku ni,ada tiga buah lampu.satu lampu pendaflor yang melekat di syiling,satu lampu belajar aku letak di meja study, yang mana cahaya suluhnya memang cantik jatuh fokus pada muka meja sahaja.dan lampu ketiga,duduk di samping kepala katil,yang aku guna sebelum tidur,buat membaca buku atau novel di katil sambil baring-baring menyandar atas teddy bear besar,dan bergulung dalam selimut.

tiga-tiga lampu ini ada peran masing-masing,
ikut masa masing-masing.

sehingga-lah bulan lepas,kawan aku mahu pinjam satu lampu kerana lampu di biliknya rosak.ada short circuit atau apa,aku pun kurang pasti.(yang pasti sampai sekarang lampu di biliknya belum pulih-pulih lagi).tanpa fikir panjang,aku beri pinjam lampu yang letaknya di samping kepala katil tu.

jadi hampir sebulan juga-lah aku dah tak membaca buku atau novel di katil sambil baring-baring menyandar atas teddy bear besar,dan bergulung dalam selimut (which is salah satu aktiviti kegemaran aku,lebih-lebih lagi di malam minggu)

dan percaya-lah,hal ni buat aku tertekan.
sungguh.

bukannya aku mahu pergi redah bilik kawan aku,dan ambil balik lampu tu,
cuma aku rindu feeling baring-baring atas katil,sambil baca materi di luar hal pelajaran aku.kalau kau jenis yang rajin membaca sebelum tidur,dengan cahaya yang cukup-cukup untuk mata dan halaman buku,mungkin kau faham-lah maksud feeling yang aku cakap tulis ni.

tapi aku tahu,kawan aku lebih perlukan lampu tersebut berbanding aku.tanpa lampu itu,biliknya bergelap.dan dia takkan dapat belajar dengan baik.

tapi..
tapi..

hurm,
malam ini malam minggu.
dan aku penat membaca dengan posisi duduk membongkok di meja study.

aku perlu membaca di katil sambil baring-baring menyandar atas teddy bear besar,dan bergulung dalam selimut.

haih.





17 December 2011

dengan cinta

adalah,
yang terindah,
nikmat paling agung,
pernah tuhan kirimkan,
jatuh ke riba-ku

; manusia-manusia dengan nama keluarga dan sahabat.

senyumlah,aku akan gembira.
menangislah,dan akanku usap ubun-ubunmu.

malam ini kita berpeluk pisah.
siang nanti-nya kita saling kirimkan doa.

terima kasih,tuhan,
pinjamkan aku insan-insan yang sarat kasihnya.


-dedikasi buat keluarga dan sahabat tercinta ; harta paling mahal pernah aku miliki.

15 December 2011

lupa

lewat kebelakangan ini,mimpi-mimpiku cuma-lah ruang yang kosong.tiada apa yang menarik kecuali malam yang dingin,gelap dan diam.bangkit di pagi esoknya,dengan tenaga baru,berwajah suka,ketawa seperti orang yang tak pernah punya masalah.dan di hujung harinya pula kembali ke ranjang berselimut kemas dengan letih yang cuba dilepaskan jauh-jauh.

tiada apa,kecuali hari-hari yang semakin buat aku melupakan dia.
melupakan bagaimana dia pernah memandang aku dengan matanya yang penuh cinta,dan melupakan bagaimana satu masa dulu aku tersangat mengasihi dia.

lupa,sehinggalah tiba-nya malam ini.
malam di mana aku terjaga dari tidur hambar kerana deringan telefon bimbit ; yang tertera namanya.
sayup suara di seberang laut,aku jadi bingung sendiri.

selama manapun aku berlari,sehingga haus tapak kasut-ku,
aku tetap kembali ke titik asal.

mengeluh

selamat malam,mimpi.


06 December 2011

KONTROL HISTERIA -abnormaliti imaginasi




yang amat berhormat,dato datin,tuan-tuan dan puan-puan sekalian dijemput hadir ke MAJLIS PELANCARAN BUKU KONTROL HISTERIA di UYA DISTRO,pada 10 DECEMBER.yang amat berhormat,dato datin,tuan-tuan dan puan-puan juga amatlah digalakkan untuk memesan BUKU KONTROL HISTERIA bagi memahami dengan lebih mendalam tentang selok belok manusia psychopath  yang dikatakan semakin membanjiri tanah malaya.dikatakan lagi,buku tersebut bermanfaat bagi memuaskan nafsu dendam kesumat yang amat berhormat,dato datin,tuan-tuan dan puan-puan sekalian.namun begitu,sebarang kerosakan otak,dan perbuatan luar tabie adalah dalam tanggungan yang amat berhormat,dato datin,tuan-tuan dan puan-puan sendiri.

menurut sumber yang dipercayai,ramai penulis KONTROL HISTERIA akan berada di majlis pelancaran nanti.

jadi,ada berani ??







klik la link merah dan gambar kalau nak lagi information,woi !


*update : untuk yang belum tahu,buku ini ditulis oleh 23 orang penulis (gila) termasuk saya

03 December 2011

segelas milo

saya anak sulung,
jarak tiga tahun dari adik kedua.

mak,kalau nak mem-'bahan' saya,antara modal-nya ;

'awak tahu kenapa abah awak botak ?
sebab masa awak kecik,mak dengan abah bela awak sorang je,
dalam sebulan boleh habis dua tin besar milo.
awak sorang je.

abah awak botak sebab beli milo banyak untuk awak'

lepas tu saya akan diam,sambil dalam hati cakap,
'eleeeh ye la..padahal abah memang botak dari bujang pun'
(sebab saya pernah jumpa gambar abah zaman muda,dengan seluar kembang,pegang gitar kapok,tapi rambut dia nipis)


tapi sebenarnya apa yang mak cakap tu betul.sampai sekarang saya masih jadi hantu milo.mungkin sebab rasa coklat pekat (kalau dibuat kena cara) yang sedap dinikmati panas-panas, atau mungkin kerana kenangan -kenangan milo yang membesar bersama dengan saya selama ini.

sekarang saya sedang menaip entry ini dengan segelas milo suam di samping.

seseorang tanya saya,bila balik ?
saya jawab,
nak balik dah.tapi tak balik rumah pun.

orang yang tanya tu,tiba-tiba buat saya rindu rumah.
dan sebenarnya orang yang tanya tu,pernah buat saya makan hati sampai saya terfikir tak nak balik-balik lagi dah.tak nak jumpa sesiapa.

*sambung minum milo yang sudah hampir sejuk*

saya dah maafkan semua.dan harap semua pun maafkan saya.
saya dah lepaskan,walau saya tak pernah memiliki pun.

01 December 2011

monsun

monsun adalah musim yang selalu saya nantikan ; di mana hujan berat akan senantiasa turun,menyejukkan hawa pinggir pantai,lalu nelayan-nelayan pun terpaksa merehatkan perahu dan jala mereka.monsun juga adalah kesempatan buat anak-anak kecil berkejaran dalam hujan sehingga demam,atau belok ke laut melihat gelora yang bangun megah.

*

atok saya,dia memiliki sebuah rumah papan di tepi pantai.setiap malam saya berada di sana,sebelum tidur,saya akan dapat mendengar jelas bunyi cebur ombak,yang menyelinap masuk ke kamar bersama-sama udara dingin yang nakal bersiul di sela atap dan lubang angin.kalau tiada hujan,malam biasanya akan terang dibias bulan dan cahaya putih itu akan selalu jatuh tepat di atas katil saya,melalui jendela dan gorden tipisnya.

monsun pernah menjadi syurga buat saya.
pernah.

kali terakhir saya bertemu monsun kira-kira setahun yang lalu,ia tiba-tiba saja berubah wajah menjadi buram.monsun terakhir saya adalah kesedihan.dan air mata.dan luka perih.dan putus asa.dan kehilangan.dan kerinduan.dan kesepian.dan kejatuhan.dan kematian.

*

hari ini,musim itu datang kembali mengetuk pintu rumah saya,membawa bersama memori pelbagai rasa dan erti.maka saya menyambutnya dengan sebuah pengajaran yang panjang