"tuan-tuan dan puan-puan,kita telah selamat mendarat di lapangan terbang xxx..kami mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana memilih untuk terbang bersama kami"
dengan sepatu tinggi 2 inci,saya heret bersama bagasi 20kg,melalui ruang lapangan terbang,menuju pintu keluar.terasa asing dibumi sendiri,setelah agak sekian lama saya tinggalkan tanah ini.wajah-wajah yang lalu lalang di samping saya,benar-benar kelihatan asing.namun satu persatu dari mereka sepertinya membawa imbas kembali kepada apa yang pernah berlaku di sini satu masa dahulunya.
"aku sayang kau"
"aku suka perempuan rambut pendek.nampak cool.kau jangan simpan rambut panjang eh"
"nanti kau balik,masak sedap-sedap,kita pergi picnic lagi ye"
"demi tuhan kau,jangan tinggalkan aku"
"aku akan tunggu kau"
. . .
sudahlah.
saya pejamkan mata,tarik nafas dalam-dalam.
selamat pulang,april..
selamat pulang.
dan saya teruskan perjalanan menuju ke luar lapangan terbang,dengan serasa bulu roma yang merinding dek kesejukan malam,dan kepiluan kenangan.