kata raditya dika (stand up comedian) dalam buku 'manusia setengah salmon'-nya,dalam hidup ini kita sering melakukan perpindahan.daripada sekecil-kecil perpindahan,misalnya pindah tempat tidur,pindah sekolah,pindah kerja,pindah rumah,sehingga-lah ke pindah hubungan dan pindah hati,kita,sering dan harus sentiasa bermigrasi.
antara sedar atau tidak,aku juga sama - melakukan perpindahan demi perpidahan,untuk mencari keselesaan,kebahagiaan dan yang paling penting,adalah untuk meneruskan kehidupan selagi termampu.
seperti ikan salmon yang tegar bermigrasi melawan arus sungai hampir 1448 kilometer hanya untuk bertelur.walaupun mungkin ada yang terkorban di perjalanan,tapi menyerah adalah opsi terakhir,yang cuma dipertimbangkan oleh si pengecut.
dan aku,setelah melalui pelbagai perpindahan,yang ada diantaranya diluar rela ; seakan diusir,dan ada juga dalam keterpaksaan kerana tuntutan pilihan dan hirarki prioritas,aku memilih untuk singgah di sini,di satu 'rumah baru',yang aku kira sesuai untuk di-diami lebih lama.
rumah yang terbaik adalah yang mampu melindungi kita dari hujan panas,dan menawarkan kenyamanan.
begitu juga dia.
sentiasa dekat,walau jauh.
sentiasa melindungi,walau harus membenteng dengan apa adanya dia.
sentiasa menenangkan,walau diluar adalah kebalauan.
ini perpindahan yang hampir sempurna [ dan ia bakalan sempurna satu masa nanti ]
ya benar,memang setelah ini akan lebih banyak perpindahan yang harus aku lakukan.(bahkan dia juga) tapi hey,jangan risau.aku akan bawa kau sentiasa di dalam hati.jadi kita akan sama-sama pindah bersama.bak kata mimi morticia dalam puisi 'lady's choice'-nya
kadang aku berdoa pada tuhan,
kau dapat kukecilkan
dan kumasukkan ke dalam balang mentega
kacang
untuk di bawa ke
mana mana suka suka bila bila
tetaplah dengan aku.dan kita akan hidup di antara kepingan-kepingan berpindahan ini ; bersama.