24 May 2012

berhenti

bukannya aku putus asa,
cuma aku takut dan sedih.

atau juga penat,barangkali.

18 May 2012

gambarrandum [pt 2]

...dari telefon bimbit 




menunggu


  energi = 0

 koleksi

kad harilahir


 nota


 spongebob gembira


di dinding


di dinding (2)

suatu pagi

suatu pagi aku bangun dari tidur,dan aku dapati rambut-ku sedikit lebih panjang dari semalam-nya.sedarlah  aku bahwa aku telah melewati sekian masa tanpa begitu mengendahkan-nya.namun yang lebih dikesalkan,aku telah menjadi semakin tua dan lusuh bersama jiwa yang masih penuh dengan kekosongan.


permintaan

'sedangkan setan tu pun tuhan makbulkan permintaan dia,nak hidup sampai kiamat.apatah lagi kau,manusia yang tuhan cakap,makhluk paling istimewa.takkan tuhan tak nak layan...' tegas dia bersungguh sungguh,pada aku yang sedang berpura-pura pandang ke lain ;

sambil menahan air mata dari tertumpah.

15 May 2012

lari

'kau mungkin boleh bunuh aku,tapi aku tetap akan jadi dosa kau yang paling berat!' jerit dia, tepat di cuping telinga kiriku.lalu aku tingkatkan aselerasi treadmill,dan lari sejauh-jauhnya dari khayalan masa ghaib.aku tinggalkan dia,dengan beban dendam yang tak tertunai.






12 May 2012

sedatif

aku buka mata,pandang jam di telefon bimbit -7.12 am.damn.terlambat.sudah terlambat untuk ke kelas pagi ini.kesan ubat khayal malam tadi masih bersisa segar dalam aliran darah.ada beberapa notification di telefon bimbit.aku baca satu persatu dengan mata separuh lelap.kosong.minda masih kosong ; tapi terasa berat sekali.

kipas angin dengan putaran maksimal mendinginkan hawa sekeliling memaksa aku bersembunyi kemas di dalam gebar.aku harus bangkit,sebetulnya.walaupun sudah ketinggalan kelas pagi ini,masih ada peluang untuk ke kelas ulangan tengah hari nanti.tapi sungguh,aku rasa terpaku di atas ranjang.sedatif semalam berjaya meringankan sakitku,tapi juga membawa terbang semangat dan pemikiranku,entah ke mana-mana.

ia membawa memori-ku balik ke masa yang telah terlewatkan.wajah-wajah yang aku tinggalkan - yang juga aku rindui tiba-tiba menyerbu seperti ruh yang kelaparan.datang,dan membaluti-ku dengan kenangan.aku bingkas bangun dari katil,melepaskan leraian emosi ini sebelum ia berjaya mengikatku dengan kejap.

aku terpandangkan sisa-sisa bungkusan ubat yang bersepah di atas meja.aneh,aku senyum sendiri,memerli diri yang terlalu lemah,yang terlalu harus bergantung pada sesuatu untuk menjadi kuat.

jadi aku duduk di sini,mengingat kembali,bahwa aku tidak pernah berubah.aku masih berada di tempat yang sama walau aku sudah jauh berlari.aku masih seorang yang 'sakit' walau aku bermatian menafikan bahwa aku sudah kuat.

aku masih menjadi yang tersisa dalam buangan.

ada kemarahan dalam hati,cepat-cepat aku campak jauh.entah untuk siapa,aku enggan peduli.aku tak mahu tahu.ia terasa seperti tersekat di antara hitam dan putih,menjadi sesuatu yang samar-samar tidak jelas.

abaikan,aku lantas beredar dari kerusi,capai tuala,dan menuju ke bilik mandi.

namun sebelum itu,aku tinggalkan pesanan buat dia ; i miss u.i love u.
tak perlu tunggu balasan.aku sendiri dapat tahu apa jawapannya.


-kerana dia antara alasan yang tinggal untuk aku tetap bertahan dalam kekalutan.