tiga minggu lalu,ketika aku sedang berdiri di antara dua jalan yang contra hitam putihnya sangat jelas,dan masa mendesak aku agar memilih jalan manakah yang harus aku lalui..maka aku menggunakan teori -listen to your heart- untuk membuat keputusan itu.
tapi celakanya,kalau hati kau banyak setan,maka teori tadi akan ter-praktek sebagai -listen to the evil-
; dan itu lah yang berlaku pada aku.
aku nak menyalahkan setan,tapi aku faham..memang setan dicipta untuk mendajalkan manusia-manusia miskin iman dan ilmu seperti aku.jadi aku menyalahkan diri sendiri kerana memberi sewa ruang hati aku kepada setan.
tapi [sekali lagi],permainan salah-menyalah ini langsung tidak cool,malah seakan-akan melempar tahi ke muka sendiri.yang aku kisahkan sekarang bukan lagi sorak sorai para iblis yang sedang berpesta bogel ghairah melihat kesesatan dan kejahilan aku..namun aku lebih pedulikan celah mana lagi dapat aku hulurkan tangan agar malaikat dapat membawa lari aku dari kepungan laknatullah ini.
jadi hari ini,aku berhenti berjalan.sekadar menoleh ke kiri kanan,melihat kebodohan sendiri yang tercicir di belakang.jalan yang aku pilih tiga minggu lepas kian condong menuju ke neraka,dan bayang-bayang syurga pun semakin pudar.
babi.kau menang lagi kali ini,setan.
aku korek keluar hati aku,dan aku simenkan pejal-pejal,sebelum disimpan kembali ke rongga dada.
biar jadi hati batu,hati keras,hati beku.
itu lebih baik daripada tertipu dengan hati sendiri.
25 September 2011
24 September 2011
THE BABI BELANDA
remember this cute little monster ?
-my babi belanda
he died two weeks ago,and i was extremely sad.
wonder what is he doing in heaven right now..
HERO
macam hero yang cuma ada 30 detik untuk pilih wayar mana yang harus dia potong,untuk matikan sebiji bom.
-aku masih pegang,tenung dan tilik wayar-wayar berwarna kuning,biru dan merah ; sedang masa makin surut,makin tipis-tipis melayang.
adalah satu kecelakaan kalau-kalau aku gagal matikan bom ini,walhal aku punya peluang yang mahaluas untuk selamatkan 100km radius sekitar aku dari letupannya.
dan aku teringatkan adegan hero yang berjaya memotong wayar dengan tepat.
hero ; pasti boleh,pasti menang.
tapi itu fiksyen,
itu imaginasi..
dan yang lebih dajal-nya,
aku bukan seorang hero.

23 September 2011
lecturer : praktikal hari ni kamu kena belajar ambil sample darah.so,setiap group kena ada seorang volunteer untuk di suntik
Calvin : ok guys,aku boleh tolong suntik.tapi siapa nak jadi volunteer ?
krik..krik...krik
maria : erm.aku period hari ni...korang tak nak darah dari bawah ke ? *sambil buat muka emo-gothic dengan kening terangkat sebelah*

21 September 2011
5 am,dan masih berjaga.
wonder,celah pelusuk dunia mana lagi yang sedang tatap langit senyap diam macam aku,di dinihari seperti ini.dan,kalaulah waktu ini dapat aku bekukan untuk dibuat placebo ketika urat saraf otak berselirat simpul,sampai tercekik nadi di leher..
putih takkan selalu putih.
tarik nafas panjang.
'depa tangan,siap memeluk kemusnahan'
Subscribe to:
Posts (Atom)