'hidup ni,macam main game.semakin expert kau,semakin tinggi level yang kau pergi,semakin susah cabaran yang perlu kau hadapi.tapi bila kau berjaya lepasi setiap satu stage itu,kau akan sampai di satu fasa baru ; fasa yang lebih mematangkan kau,dan beri kau pelbagai superpower yang mungkin kau tidak dapat di sebelum-sebelumnya'
aku lupa tentang siapa yang mengucapkan baris-baris kata itu,namun yang pastinya,ia melekat kemas di fikiran,seakan satu remedi,meresap di urat nadi,membangkitkan sebahagian daripada diri aku yang dormant sebelumnya,untuk meneruskan pencarian impian hidup ini.
tak.aku tidak boleh kalah.
dan aku masih belum mahu kalah.
namun hal yang terpenting pada ketika ini adalah bagaimana untuk hidup dengan lebih baik dan lebih bahagia,berbanding masa lepas.takdir telah mengurniakan aku ramai manusia-manusia hebat yang setia menjadi pendukung di waktu aku tidak mampu berdiri dengan kaki sendiri.jadi aku tak punya alasan untuk putus asa,untuk membutakan mata,melihat peluang-peluang yang sedia untuk dijelajahi.
bukan lagi soal siapa yang bakalan menang,atau siapa orang yang paling suci.tapi ianya tentang siapa yang mampu menghabiskan hidup ini dengan jiwa yang tenang dan lapang.
; dan aku mahu menjadi salah satu daripada-nya.
cuma itu.
hanya itu.