So what kalau hati kau dilanyak relai-relai?
Kau fikir ada harga?
Kau sorang je lah yang patah hati,tergores rasa,tersinggung kata.
Heh,tak laku mana pun kalau di jaja.
Sekarang,
Boleh suruh perasaan kau
Galikan kubur,kambus dan talqinkan kau
Hidup-hidup.
Terima kasih.
Yang ikhlas,
Boleh pi mampus.
21 November 2013
29 September 2013
bila watak kau tamat kontrak
'i don't know how,but just leave.leave the scene'
-old friend,mall taman anggrek,malming.
-old friend,mall taman anggrek,malming.
26 September 2013
Entah lah.
Rasanya mahu sendiri.
Aku tak tahu.
Seperti mahu memencilkan diri di dalam bilik yang gelap dan sejuk.
Sunyi.paling cuma ada bising hujan,atau anjing bersahutan di luar.
Mahu duduk diam di meja bucu,dengan hanya satu mentol bernyala malap,
dan secawan minuman hangat yang akhirnya bakalan dibiarkan dingin.
Biar direnung kaca legap sampai tembus pandang.
sekurangnya masih ada refleksi aku.
dan hanya aku semata.
Dan biar saja seisi dunia berlari mengejar dan dikejar waktu.
aku cuma mahu begini.
Penat mendengar pekik perih hari semalam.
Penat menyusur mimpi-mimpi yang diusir hakikat.
Entah lah.
Rasanya mahu sendiri.
Aku masih belum tahu.
Mungkin aku hanya perlu ditemukan dalam persembunyian ini.

19 September 2013
31 August 2013
buat meninggalkan sesuatu yang ber-arti
Nisa tanya,
tak sedih nak tinggal tempat ni?
takkan rindu dekat doktor,nurses,patients,
pakcik kedai bubur,makcik jual ayam bakar,tauhu sumedang depan alfamart,
pakcik singapore,sawah padi belakang mes,kedai seafood dekat kota?
aku cakap.tak.
bukan takkan rindu.
tapi tak nak rindu.
kenapa ?
sebab tak perlu-lah terlalu attach.
aku dari awal sudah siap-siap bina kubu.
kubu antara aku dengan orang sekeliling,
dengan suasana di sini,
dengan perisiwa yang bakalan berlaku.
bukan ego.bukan sombong.
tapi bila terlalu dekat,nanti susah nak lepas.
berat hati.
sedangkan balapan kita masih panjang.
masih banyak pit stop-nya.
sekejap-sekejap saja sudahlah singgahnya.
sebab aku perempuan yang susah melepaskan.
berat meninggalkan.
kalau sudah sayang,dakapnya erat-erat.
dimarah ditimang,
jauh-jauh hari,jatuh cinta juga.
jadi biarlah biasa-biasa saja.
biar tidak terkenang-kenang.
cukup sekadar selisih bahu di jalan takdir.
.

28 August 2013
13 August 2013
kasihan
hari terakhir di rumah;
ibu sakit kepala.duduk birai katil.urut perlahan-lahan.
-awkward.
jarang begini.
lama tak begini.
dulu aku yang sering sakit-sakit,
ibu jagakan.
masak bubur,kacau susu panas,letak tuala basah atas dahi.
kasihan.
bukan pada ibu (no,i mean...)
lebih kasihankan diri sendiri
sebab
sebenarnya punca adalah aku.
tak sudah-sudah rasa bersalah.
bila entah dapat bahagiakan ibu
betul-betul.

18 July 2013
Kau selalu cakap, kita tak boleh puaskan hati semua orang.
Which means (juga),bukan semua orang boleh puaskan hati kita.
So,
Expect less.
Jangan cakap depan aku,kau dah bagi itu ini,tapi kau tak dapat apa.
-melainkan kau bagi itu ini dengan hati yang tak ikhlas.
Bukan semua orang mampu nak tatang hati kau.
Bukan semua orang sanggup nak tatang hati kau ; sekalipun dia mampu.
Come on lah
Ini dunia kot.
Jangan cakap pasal adil sangat la.
Bazir liur.

03 June 2013
21 February 2013
31 January 2013
terbit
we once complained to our landlord : "bu,emang kenapa sewa rumahnya mahal sekali ? kan listrik nya sering rusak,kalau hujan,pada banjir satu rumah..dikurangin dikit sewa nya.."
then,she replied : " lah,kan di rooftop-nya kan bisa lihat permandangan.bisa lihat kembang api (firework). lihat sunrise..cantik loh di atas.makanya,sewa jadi mahal.."
i know,it sounds ridiculous.
tapi,tak di nafi.
dua tempat paling cantik untuk lihat matahari terbit,
adalah
satu ; di pantai halaman sendiri,
dan yang keduanya - di sini.
di atas bumbung rumah,di celah-celah kota jakarta.
ketika jagat baru terjaga dari mimpi yang dingin,
dan aku,bersisakan ruh yang masih ingin mengintai harap,
terkadang dapat juga dikutip semangat,buat pembekal terusan hidup.
dan,begitu lah.
sekecewa apa pun,
sekurangnya tolong biarkan aku percaya,
aku masih belum mahu putus asa.
29 January 2013
19 January 2013
09 January 2013
bagai span
" tu la mung,hati bagai span" kata angah.kami gelak bersama,walau terasa kelat di pangkal ketawa.
kemudian, aku tanya kenapa.
kenapa span ?
"sebab terlalu mudah absorb perasaan orang lain dalam hati mung.terlalu mudah bagi ruang dan peluang"
maka kalau bukan span,apa aku harus jadi ?
batu ?
selama 21 tahun hidup keras hati,bahkan lebih keras dari tembok,apa yang aku peroleh ?
-dibuang dan di campak merata.
ini bukan soal mahu jadi span,atau batu, atau apa.
tapi ini tentang menerima.
menerima yang selalunya,hidup tak persis mimpi-mimpi yang kau ciptakan.dan tak jarang kau harus mengalahkan harapan sendiri demi hal-hal lain yang lebih utama.
dan,yang lebih pasti dari itu,untuk aku - ego tak pernah memberi bahagia.sekadar untuk ditayang-tayang di khalayak.tapi kemudiannya,kau menangis sendiri juga.
dan dengan 'hati bagai span' ini juga sebetulnya tak dapat menjanjikan bahagia untuk aku pun.cumanya ;
moga-moga dapat menumpang gembiranya mereka.
harapnya.
07 January 2013
seharusnya pada hari yang istimewa buat dia ini,kau tak harus ceritakan kerisauan dan kegusaran hati kau kepadanya dan seharusnya juga,kau tunjukkan wajah yang paling manis,supaya katanya kau menumpang gembira atas bahagianya dia.tapi entah dari mana dia seakan dapat melihat tembus,lalu sebelum berpamitan,dia memeluk erat tubuhmu,dan mendoakan semoga dipermudah segala urusan.kau tahu dari getar suaranya itu,sesungguhnya dia mengerti rasa hatimu.
ketika itu juga lah, patah kata kau terkelu di hujung lidah,dan kolam kolam hiba mulai bertakung di dasar hati.
Subscribe to:
Posts (Atom)