29 May 2011

kerna saya,tidak akan pernah bakalan punya sayap (repost)

"ajar aku terbang - macam kau"
pinta saya,pada suatu senja

"tapi kenapa ? kenapa kau mahu terbang?"

"sebab..
aku nak bebas.aku nak pergi jauh ; tak mahu terikat di sini lagi"

diam.dia cuma pandang kosong ke depan.angin petang meniupkan rambutnya ke sisi kanan.terus,dia senyum kecil.

"ya.baiklah..nanti,suatu hari,ya ?"

saya angguk tanda faham,menyimpulkan satu senyum manis untuk dia.
dan kami menikmati matahari terbenam dari bumbung bangunan usang itu,bersama hiruk pikuk kota tua dibawah,dengan kesunyian yang hanya mampu didengari oleh kami.

satu petang yang lainnya,
ketika langit sudah hampir jingga,sekali lagi kami berada di sana - di bumbung bangunan usang,yang mana di bawahnya adalah kota tua yang tak pernah lelah meneruskan nadinya.

"mari,hari ni,aku ajar kau terbang" dan dia menuntun tangan saya,sehingga kami berdiri di birai yang paling tepi di bumbung itu.

dia pandang saya,sambil senyum.
"apa yang perlu kau buat cuma,pejamkan mata..dan melangkah hanya setapak lagi dari jejakan kau ini.hanya perlu percaya pada diri kau.dan jangan takut,aku ada di sisi kau,akan terbang bersama, akan sambut kau,kalau-kalau nanti kau terjatuh"

"betul kau akan ada dengan aku ?"
tanya saya mengharap kepastian.

"percaya lah" ringkas balasnya.

maka saya pejam mata,menarik nafas dengan dalam,dan kami melangkah setapak dari jejakan kami.

melayang.tertiupkan angin senja.

namun kemudiannya..


BUUUUKKKKK !


terhempas.

saya panggil namanya.namun suara seakan tersekat di kerongkong.terasa remuk segala tulang belulang dan nafas jadi perlahan.warga kota tua yang hiruk pikuk mula berkerumun di sekeliling.ada yang cuba menghulurkan tangan,namun saya terlalu lumpuh untuk menyambutnya.dan akhirnya..

saya kira saya mati di situ.

 "jangan takut,aku ada di sisi kau,akan terbang bersama,akan sambut kau,kalau-kalau nanti kau terjatuh"
kata-kata itu masih terngiang di cuping telinga ; sekadar menjadi sebuah kepercayaan yang dikhianatkan.

namun terlupa akan satu hal.
sebetulnya adalah kebodohan saya untuk meminta diajarkan terbang,
kerna saya tidak akan pernah bakalan punya sayap,untuk bebas,seperti dia ; yang meninggalkan saya di kemudiannya,dan menghilang,tanpa pernah kembali lagi.





*sekadar metaphor untuk apa yang pernah terjadi di hayat ini.