jangan salah faham.kalau aku menangis malam ini,sampai ke subuh,
bukanlah untuk lelaki yang pernah tinggalkan aku.tapi kerana dulunya aku tidak mampu menjadi pasangan yang baik untuknya.bukan pula kerana aku rindukan mereka yang selalu buat aku tersenyum,tapi mengenangkan ada masanya aku mengabaikan mereka.tidak juga kerana aku merasakan tuhan telah meninggalkan aku sekali lagi,sehingga tiba-tiba terang kembali padam.namun kerana gagalnya aku menjadi abdiNya yang patuh.
untuk malam yang penuh dengan kekecewaan,
benarkan aku menangis.
benarkan aku menghukumi diri sendiri.
tolonglah,aku perlu tangan malaikat,
untuk gapai aku keluar dari neraka ini.