ruang bilik empat segi aku ni,ada tiga buah lampu.satu lampu pendaflor yang melekat di syiling,satu lampu belajar aku letak di meja study, yang mana cahaya suluhnya memang cantik jatuh fokus pada muka meja sahaja.dan lampu ketiga,duduk di samping kepala katil,yang aku guna sebelum tidur,buat membaca buku atau novel di katil sambil baring-baring menyandar atas teddy bear besar,dan bergulung dalam selimut.
tiga-tiga lampu ini ada peran masing-masing,
ikut masa masing-masing.
sehingga-lah bulan lepas,kawan aku mahu pinjam satu lampu kerana lampu di biliknya rosak.ada short circuit atau apa,aku pun kurang pasti.(yang pasti sampai sekarang lampu di biliknya belum pulih-pulih lagi).tanpa fikir panjang,aku beri pinjam lampu yang letaknya di samping kepala katil tu.
jadi hampir sebulan juga-lah aku dah tak membaca buku atau novel di katil sambil baring-baring menyandar atas teddy bear besar,dan bergulung dalam selimut (which is salah satu aktiviti kegemaran aku,lebih-lebih lagi di malam minggu)
dan percaya-lah,hal ni buat aku tertekan.
sungguh.
bukannya aku mahu pergi redah bilik kawan aku,dan ambil balik lampu tu,
cuma aku rindu feeling baring-baring atas katil,sambil baca materi di luar hal pelajaran aku.kalau kau jenis yang rajin membaca sebelum tidur,dengan cahaya yang cukup-cukup untuk mata dan halaman buku,mungkin kau faham-lah maksud feeling yang aku cakap tulis ni.
tapi aku tahu,kawan aku lebih perlukan lampu tersebut berbanding aku.tanpa lampu itu,biliknya bergelap.dan dia takkan dapat belajar dengan baik.
tapi..
tapi..
hurm,
malam ini malam minggu.
dan aku penat membaca dengan posisi duduk membongkok di meja study.
aku perlu membaca di katil sambil baring-baring menyandar atas teddy bear besar,dan bergulung dalam selimut.
haih.