03 December 2011

segelas milo

saya anak sulung,
jarak tiga tahun dari adik kedua.

mak,kalau nak mem-'bahan' saya,antara modal-nya ;

'awak tahu kenapa abah awak botak ?
sebab masa awak kecik,mak dengan abah bela awak sorang je,
dalam sebulan boleh habis dua tin besar milo.
awak sorang je.

abah awak botak sebab beli milo banyak untuk awak'

lepas tu saya akan diam,sambil dalam hati cakap,
'eleeeh ye la..padahal abah memang botak dari bujang pun'
(sebab saya pernah jumpa gambar abah zaman muda,dengan seluar kembang,pegang gitar kapok,tapi rambut dia nipis)


tapi sebenarnya apa yang mak cakap tu betul.sampai sekarang saya masih jadi hantu milo.mungkin sebab rasa coklat pekat (kalau dibuat kena cara) yang sedap dinikmati panas-panas, atau mungkin kerana kenangan -kenangan milo yang membesar bersama dengan saya selama ini.

sekarang saya sedang menaip entry ini dengan segelas milo suam di samping.

seseorang tanya saya,bila balik ?
saya jawab,
nak balik dah.tapi tak balik rumah pun.

orang yang tanya tu,tiba-tiba buat saya rindu rumah.
dan sebenarnya orang yang tanya tu,pernah buat saya makan hati sampai saya terfikir tak nak balik-balik lagi dah.tak nak jumpa sesiapa.

*sambung minum milo yang sudah hampir sejuk*

saya dah maafkan semua.dan harap semua pun maafkan saya.
saya dah lepaskan,walau saya tak pernah memiliki pun.