04 January 2012

sesat

7.36 pagi
bilik masih gelap.dan aku masih diam,di katil,pandang kosong pada siling.sejak terjaga jam 3 pagi tadi kerana mimpi buruk,yang buat jantung aku hampir tertanggal dari sarangnya,aku masih belum berani untuk cuba lelap kembali.suasana rumah kekal sunyi,walau aku tahu,matahari sudah terbit di luar.dalam pada ruang vakum,aku mengamati alir udara yang masuk ke paru.aku cuba meredam nadi,mendiamkan suara-suara aneh yang riuh berbicara dalam kotak fikiranku.
gagal.

8.42 pagi
bangkit,menuju kamar mandi.aku harus segera siap ke kuliah walaupun sebetulnya aku tidak mahu langsung beranjak dari bilik.aku lebih ingin dormant sahaja dalam ruang kecilku.aku malas bergaul dengan manusia lain.nafsu pada tuntutan belajar juga sudah makin menyusut.aku tidak mahu apa-apa.
tidak mahu apa.

depan kaca,dengan air mengalir dari ubun-ubun (yang gagal menyemangatiku) aku perhatikan rambutku yang kusam,kulit wajah yang lusuh dan pucat,mata letihku,bibir yang kering..semuanya berprotes menentang penerusan hidup yang wajar.

9.10 pagi
aku pilih baju kurung dengan corak bunga merah jambu,semoga ada sihir ceria merasuk.tapi saat cangkuk kainnya ku temukan,ia tidak lekat di pinggangku.bahkan meleret turun dengan mudah.aku belek kembali kain,memastikan bahwa itu memang benar-benar pakaianku.ya.tiba-tiba saja ia menjadi longgar ditubuhku.

sempat aku kerling pantulan di cermin.aku sudah tidak kenal dia.aku sudah tersesat di dalam jasad orang asing.atau orang mati,barangkali.