07 January 2012

di bawah separa sedar

to be honest,aku tak tahu apa masalah diri aku sendiri.mungkin aku boleh kaitkan dengan kondisi kesihatan yang agak buruk sejak akhir-akhir ini sebagai punca kenapa aku hilang konsentrasi dalam aktivitas seharian,menjadi semakin lelah namun tetap gagal tidur,ditambah lagi berat badan yang makin menyusut dan tubuh yang kian lesu..ya.aku faham dan aku sedar fizikal aku tidak segagah sebulan yang lalu.ada sesuatu yang sedang 'memakan' aku dari dalam,hidup-hidup.

tapi bukan itu jawapan yang paling tepat kenapa aku jadi bermasalah seperti ini.satu masalah yang tak dapat aku define bahkan tak dapat aku lihat akar umbinya.ia seperti,dikaburkan oleh nalar-nalar yang sarat menyelirat dalam kotak pemikiran aku.seperti,ruh jahat yang tumpang tinggal,hanya untuk mentertawakan kejatuhan aku.

namun aku cuba,sebetulnya.aku cuba melawan.sehingga kalau dapat aku gambarkan,ada bagian diri aku yang cedera bertarung dengan sebagian lagi diri aku yang 'jahat'.


*

setelah hampir 20 jam tidak tidur,berkejaran dengan peperiksaan (yang aku abaikan sejak dari awal) aku rebahkan badan di katil.terasa beban berat bertindihan,menyukarkan aku bernafas.aku memang benar mahu menangis,tapi emosi aku tiada di situ.tiba-tiba telefon di samping berdering.-abah.aku betulkan suara.harap  masih boleh berlakon dengan baik.

'mak risau pasal awak.dah berapa hari tak telefon.dari semalam dah mak nak cakap dengan awak.mujur mak tak menangis sebab fikir pasal awak' 

dup.

jantung aku berhenti seketika mendengar inti kata abah.aku tidak pernah ceritakan apa-apa masalah kebelakangan ini kepada mak,atau sesiapa yang berdekatan dengan keluarga.namun barangkali firasat seorang ibu sentiasa benar.

aku yakinkan mak bahwa aku di sini baik-baik sahaja.aku tidak mahu mak terbeban kalau dia tahu seperti apa aku sekarang.dalam meyakinkan mak,aku sedar,rupanya aku sangat berusaha keras untuk menjadi orang yang 'gembira'.

*

semakin lama aku begini ; semakin banyak yang aku tuliskan,yang aku ceritakan,semakin aku benci dengan diri sendiri.benci dengan aku yang menjadi beban,menjadi contoh buruk pada orang lain.mungkin barangkali ada yang sedang gembira dengan keadaan aku,bukan ? ya,bergembira lah,selagi kau mampu.aku tak peduli.bukan kau yang aku kisahkan.

aku lebih kisahkan diri aku.no-no.bukan untuk kepentingan aku,tapi untuk keluarga aku,untuk orang-orang yang masih sudi peduli tentang aku.aku hanya kisah,untuk bertahan,demi mereka.tentang hal lain,aku sudah campak bakar ke neraka.

*

aku adalah manusia yang menjahit  luka di tubuh sendiri.mungkin hari ini aku lumpuh.tapi aku belum mati.belum.