25 November 2011

HtwoO



weh,turunlah !

aisha jerit dari dalam kolam,bila dia lihat aku masih berdiri lama di pinggir.

aku nak terjun

dah tu...terjun lah

takut

aisha geleng-geleng kepala.

beb,kau boleh berdiri kot dalam kolam ni.tak payah nak takut sangat.bend your knees,hold your breath,and throw youself.cepat lah !


jap lah.aku tengah overcome fear aku ni.


duhh ! 


***

bagi orang yang pernah lemas,sampai terpaksa diselamatkan oleh orang ramai,dan kemudian di hantui mimpi-mimpi ngeri tentang air yang dalam (seperti aku) ... yes.aku masih berdiri di pinggir kolam,sambil membayangkan air yang sedalam 1.5 meter ini mampu mencekik aku,dan merenggut keseluruhan hidup aku.

aku tak pernah percaya air.hatta sebaldi air.
funny,it isn't ?

tapi peliknya,aku paling suka ke pantai,sungai,pulau,mahupun kolam ( walaupun aku masih tidak pandai berenang).

aku pernah bagitahu dia,aku suka apa yang aku takut.macam aku suka dia. takut,benci,menyampah,tapi masih..masih suka.masih mahu dekat.

***

i want to go to Bali


why ?


nak main water sport


haha..orang pergi Bali sebab nak jalan-jalan,pergi historical places,pergi spa,rehat-rehat..tapi kau nak pergi sebab water sport ? kemon la..kat sini pun boleh main water sport.


tapi..main water sport di Bali,sounds cool,kan ? hehe

***

sudahnya,aku tahan nafas,tutup mata,
dan aku sudah berada di dasar kolam.