25 October 2011

tutorial penis

'push harder !' kata tutor genit berkacamata ketika dia melihat aku masih terkial-kial dengan penis dan catheter yang cuma masuk separuh jalan.aku tambahkan tekanan mendorong di tangan kanan yang sedang memegang catheter,sambil tangan kiri menekan gland penis agar tetap di tempatnya.

sebelas pasang mata yang berada di ruangan sama tertumpu kepada aku.
shit,this is so hard ! protes aku dalam hati.
hawa dingin tidak mampu mendiamkan gemuruh,malah semakin galak mengusik kepercayaan diri aku sendiri untuk menyelesaikan tugasan ini.namun aku tidak mahu kalah.apa pun terjadi,ia harus diselesaikan.

'ouch,sakit sial tengok kau buat!' kata lelaki yang berdiri di sebelah aku.bukan penisnya yang sedang dijolok catheter,tapi barangkali kepeduliannya pada alat kelamin patient itu telah menyebabkan dia turut ter-absorpsi rasa sakitnya.aku jeling tajam ke arah dia,dan aku balas, 'penis dia ketat lah' 

lima belas minit berlalu,
dan akhirnya seluruh pipa catheter yang berwarna kuning itu berjaya di masukkan.tidak lama kemudian,air bening mengalir keluar dari pipa,langsung masuk ke kantung urin.aku tarik nafas lega.sebelas orang yang lain bertepuk tangan,seakan meraikan kejayaan yang ulung dan gilang gemilang.aku tanggalkan glove,dan aku jeling 'patient' yang terbaring dengan kaki terkangkang luas di hadapan aku.

'nasib baik kau ni mannequin.kalau kau orang betul,aku syak kau akan mandul lepas ni' kata aku perlahan,dengan nada tidak puas hati.

**

sebaik catheter ditanggalkan dari penis mannequin,tutor genit berkacamata membuka bahagian penis tersebut,dan dia mengeluh panjang

'laaa..patutlah susah nak masuk tadi..penuh jelly tersumbat dalam lubang ni...'


**
dan aku rasa,keseluruhan tutorial ini adalah sangat lucah,apabila pelajar lelaki ketawa terbahak-bahak sambil menggosok-gosok suprapubic mannequin.