azan magrib,
tersentak dari tidur dengan jantung yang dipompa kencang.malas-malas aku bangkit,masih terseret dengan skrip mimpi bukan-bukan sebentar tadinya.sekilas terpandang refleksi wajah sendiri di kaca kecil,ada calitan warna di atas kelopak mata - yang sepatutnya menyerikan.namun tika ini jadi mengerikan.
hela nafas pendek.
aku raup muka dengan kedua telapak tangan.melekit,dengan peluh sendiri.jijik. - tapi ini lah aku.
perasaan gelisah dan gusar dan takut dan sedih dan bimbang dan sunyi dan kelu dan kesal dan buntu dan hampa berlari-lari di setiap selang urat nadi-ku.
ini bukan hidup yang aku mahu.
heh.
aku perlu tuhan,segera.