26 September 2013

Entah lah.
Rasanya mahu sendiri.
Aku tak tahu.
Seperti mahu memencilkan diri di dalam bilik yang gelap dan sejuk.
Sunyi.paling cuma ada bising hujan,atau anjing bersahutan di luar.
Mahu duduk diam di meja bucu,dengan hanya satu mentol bernyala malap,
dan secawan minuman hangat yang akhirnya bakalan dibiarkan dingin.
Biar direnung kaca legap sampai tembus pandang.
sekurangnya masih ada refleksi aku.
dan hanya aku semata.
Dan biar saja seisi dunia berlari mengejar dan dikejar waktu.
aku cuma mahu begini.
Penat mendengar pekik perih hari semalam.
Penat menyusur mimpi-mimpi yang diusir hakikat.

Entah lah.
Rasanya mahu sendiri.
Aku masih belum tahu.

Mungkin aku hanya perlu ditemukan dalam persembunyian ini.