04 November 2012


ini kali kedua tangan saya disuntik corticosteroid dalam tempoh setahun,kerana carpal tunnel syndrome - atau dengan bahasa mudahnya,kerana saraf yang tersepit di pergelangan tangan.sakitnya minta ampun,hatta memegang telefon bimbit pun terasa pedih,terbakar dan seolah ditusuk jarum.kata pensyarah saya,tangan adalah aset yang sangat penting buat seorang doktor,setelah otak.dan malangnya carpal tunnel syndrome ini sulit untuk sembuh,bahkan progression nya boleh jadi semakin memburuk.

ya mungkin silapnya dari saya juga.habit menaip yang salah,postur yang tidak ergonomis,atau mungkin saja kerana stress dan kesehatan saya yang terabaikan.

sekarang,saya sedang menunggu appoinment kedua dengan neurologist,untuk test EMG.jujur saja,saya mengharapkan solusinya adalah pembedahan,kerana saya kurang gemar dengan side effect corticosteroid,ditambah kesulitan dari saya sendiri untuk mendisiplinkan diri menjaga kesihatan.serta,bukan mudah untuk seorang pelajar yang kuliahnya dari 7 pagi sampai ke 5 petang,setiap isnin sampai sabtu-untuk terus terusan berulang alik ke hospital.

btw, thanks dr frandy buat ubat penenang alprazolam nya.rasanya sudah lama saya kesulitan tidur nyenyak.

and you, strangers, please do care about your health - physically and mentally.nobody likes hospital,right?