ya memang benar saya bukan siapa-siapa.saya tidak berbakat besar,jauh sekali mempunyai kepentingan.wujudnya saya atau tidak,tak memberi perbezaan yang signifikan kepada kebanyakan orang.tapi itu bukanlah alasan untuk anda mempergunakan saya sebagai 'kambing hitam' yang harus di'korban'kan demi menjaga 'maruah' dan 'nama baik' anda.mungkin saya naif,atau lebih tepat - bodoh ; senang ditipu, dipermainkan, dikhianati dan dituding jari untuk menanggung kesalahan yang di cicirkan oleh pihak lain.namun awalnya dulu saya meletakkan kepercayaan dan keihklasan saya dalam 'bersahabat' dengan anda.tapi sayang,semua itu hanya direnyuk renyukkan dan ditong sampahkan semata-mata.
kalau beginilah erti seorang 'teman' ; yang kononnya saling melindungi dan menjaga..heh.lebih baik saya sendiri sahaja-lah.terima kasih kerana telah membuktikan kepada saya bahawa dunia ini memang penuh dengan manusia 'jual ikan'.termasuklah anda.