i ::
sejak aku pulang cuti,sejak mak jadi makin kurang sihat,dan sejak semua beban kerja uruskan rumah berpindah tangan kepada aku,jujur aku tak terkejarkan masa untuk diri sendiri.tapi tak mengapa.aku lebih senang lihat mak yang rambutnya semakin memutih duduk berehat-rehat tanpa merungut sakit letih.aku akan jadi bersalah kalau mak sibuk-sibukkan dirinya di dapur,walaupun sebenarnya aku sangat rindu mahu merengek-rengek minta mak masakkan makanan kegemaran aku.
dan mak ada tanya ; 'awak takde orang lagi ?' aku diam sekejap.pura-pura basuh pinggan yang sudah bersih.kemudian aku balas.'takde.takde orang nak.huduh sangat.' sambil ketawa yang dibuat-buat.mak bidas aku balik.'awak lah..perangai kasar sangat..' aku cuma senyum.ya,aku tahu,aku memang keras kepala.mana ada yang tahan,yang boleh jadi sesabar mak dan abah untuk jaga dan tetap tinggal dengan aku.
ii ::
sampai malam ini,sampai saat huruf-huruf ini ditaip,aku masih teringat matanya yang sedih,yang hanya mampu aku pandang dengan simpati ; simpati yang bersaki baki dengan kekecewaan atas kepercayaan yang dikhianati,yang kemudiannya bunuh aku perlahan lahan.memang aku masih dapat lihat 'kami' apabila aku lihat dia.tapi itu hanyalah masa lepas,yang sudah sepi dan mati.
iii ::
aku sangat mahu terima kasihkan seseorang,untuk semua hal yang kamu telah beri dan lakukan.
iv ::
dan aku juga mahu minta maaf dengan seseorang,untuk apa yang telah aku ambil (secara tidak sengaja ).
v ::
sudahnya malam ini,sama seperti ratusan malam-malam yang lepas,aku baring dengan hati kosong,hampa,dan berusaha keras untuk jatuh tidur.tapi tetap,gagal.