18 January 2012

petrus

bila mereka peluk aku kemas-kemas,sambil tepuk bahu aku,dan kata 'harap tak ada apa-apa yang serius', aku tak tahu macam mana nak bagi reaksi,selain daripada sengih bodoh-lebar,pura-pura yang aku sangat positif dan berani untuk hadap apa saja kemungkinan selepas ini.

walhal perasaan aku sekarang adalah seperti menunggu ditembak mati oleh penembak misterius.
tidak kelihatan,
tapi aku yakin dia ada.
dan hampir.