21 January 2012

kecemburuan petty

petty,si kucing parsi gebu sekarang sudah tahu merajuk.
katanya aku terlalu sibuk ,sehingga aku tak ada masa untuk melayan dan memanjakan dia seperti dulu.

semalam,petty kata dia mahu bunuh diri.aku tanya kenapa ? 
petty jawab,dia cemburu.cemburu dengan urusan terbaru aku,yang lebih aku curahkan perasaan.selepas itu,petty terus lari-lari menuju ke beranda tingkat tiga,tanpa mengendahkan aku yang memanggil manggil namanya.sampai di birai koridor,petty sempat berpaling kepada-ku.dengan wajah muram,dan air mata yang meleleh di misainya,petty mengucapkan selamat tinggal,lalu terjun dan.. bukkk ! petty pun jatuh terhempas di bawah.

aku geleng kepala beberapa saat,dan kembali beredar ke meja kerja, meneruskan projek ku untuk batu ketiga dari matahari.ini lah projek yang dicemburui petty,si kucing parsi gebu.projek yang aku curahkan sebagian dari kegilaan emosi dan kecelaruan akar-akar khayalku.projek yang menggabungkan atom-atom pemikiran luar biasa  hasil senggama imajinasi penulis lain seperti lucifer,khrlhsym,zoul yazix,encik psycopath,abe nasyrun,syahidzan, dan ophan bunjos.

abaikan kisah petty yang cuba membunuh diri akibat cemburu pada batu ketiga dari matahari.kerana keesokan hari-nya,aku lihat petty berjalan di kaki lima dengan seekor kucing betina yang kurus keding.

moleklah kiranya kalian mula mengumpulkan dana untuk membeli buku kecemburuan petty ini.aku yakin boss tidak akan meletakkan harga yang tinggi.muat-muat dengan kemampuan rakyat marhaen.




fb page : http://www.facebook.com/batuketigadarimatahari